Saturday, 16 March 2013

Mesyuarat Majlis Guru Pendidikan Khas Sabah

Tarikh : 18 Mac 2013
Tempat : Sektor Pendidikan Swasta Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Masa : 8.00 pagi

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2013

TARIKH  : 16 HB MAC 2013 (SABTU)
MASA  : 8.00 AM – 4.00 PM 
TEMPAT  : MYFUTSAL PUTATAN, PENAMPANG 

Monday, 15 October 2012

PERUBAHAN TARIKH KURSUS PENGAKAP KHAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUHIBBAH

BATU 4, JALAN CECILY UTARA,

90000 SANDAKAN, SABAH.

TEL : 089214491 FAKS : 089210488 WEBSITE : http://www.smkmuhibbah.edu.my

________________________________________________________________________

Rujukan kami : SMKM/Pkhas/100/13/05/8

Tarikh : 15 Oktober 2012

Pengetua / Guru Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi

Bahagian Pantai Timur Sabah

Tuan,

PENANGGUHAN KURSUS PENDIDIKAN AWAL PENGAKAP UNTUK PEMIMPIN/GURU

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BAHAGIAN PANTAI TIMUR SABAH

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kursus Pendidikan Awal Pengakap Untuk Pemimpin/Guru Pendidikan

Khas Integrasi Bahagian Pantai Timur telah ditangguhkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Kursus tersebut

akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Oktober 2012/Rabu

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SMK Muhibbah, Sandakan

3. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Perhatian dan tindakan tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

ASIAH TAHIR

Penolong Kanan Pendidikan Khas

b.p Pengetua

SMK Muhibbah

PINTAR, HARMONI, CEMERLANG

GARIS PANDUAN


GARIS PANDUAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI RENDAH DAN MENENGAH JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2012
1.​Tujuan

Surat siaran ini adalah sebagai garis panduan ke arah menambahbaik Pengurusan PPKI Rendah dan PPKI Menengah yang sedia ada. Disamping untuk mewujudkan standard pengurusan PPKI bagi negeri Sabah.

2.​Objektif Pengurusan PPKI

Objektif Pengurusan PPKI adalah untuk mewujudkan Pengurusan Dokumentasi bersistematik dan Pengurusan Kelas Pengajaran dan Pembelajaran yang kondusif.

3.​Pengurusan Dokumentasi

Terdapat dua jenis dokumen yang perlu diwujudkan dalam pengurusan PPKI Rendah dan PPKI Menengah iaitu Dokumen Utama dan Dokumen Khas.

3.1​DOKUMEN UTAMA

Dokumen Utama adalah dokumen-dokumen yang perlu dan penting menjadi rujukan utama untuk menggambarkan PPKI wujud di sekolah berkenaan. Oleh itu, dokumen-dokumen tersebut adalah dokumen yang aktif. Bagi tujuan tersebut perlu diwujudkan sekurang-kurangnya 30 buan dokumen iaitu:-

3.1.1​Carta Organisasi
3.1.2​Pelan Kelas PPKI
3.1.3​Fail Meja
3.1.4​Pelan Strategik
3.1.5​Pelan Keselamatan Kebakaran
3.1.6​Huraian Sukatan Pelajaran (DSK dan DSP)
3.1.7​Buku Rancangan Pengajaran Guru (RT , RH)
3.1.8​Buku Lawatan
3.1.9​Buku Kehadiran Murid Setiap Kelas
3.1.10​Senarai Murid PPKI Bersama Gambar
3.1.11​Buku Murid Keluar Awal
3.1.12​Fail Pencerapan P&P Guru (SKPM2010)
3.1.13​Fail Takwim PPKI
3.1.14​Kenyataan Kehadiran Murid Harian.
3.1.15​Jadual Waktu Kelas
3.1.16​Jadual Waktu Individu Guru
3.1.17​Garis Panduan Kemasukan Murid PPKI
3.1.18​Fail Laporan Data PPKI
3.1.19​Fail Kajian Tindakan
3.1.20​Fail SPEED 2012-2017
3.1.21​Fail Asas Latihan Transisi Kerjaya Vokasional
3.1.22​Fail Perlanjutan Tempoh Persekolahan
3.1.23​Fail MTQ Bersama MTQ Perdana
3.1.24​Fail NILAM Bersama NILAM Perdana
3.1.25​Fail Taksin Solat
3.1.26​Fail Pemeriksaan Klinikal Murid Khas
3.1.27​Rekod Kesihatan Murid (RKM)
3.1.28​Fail Perkembangan Pengurusan Diri dan Tingkah laku Murid
3.2.29​Fail Dokumen Perkhidmatan Guru dan PPM PPKI.
3.2.30 Dokumen Talian Kecemasan

3.2​DOKUMEN KHAS

Dokumen Khas ialah dokumen-dokumen yang merujuk kepada kefungsian PPKI berasaskan Sembilan pelan dalam Pelan Strategik iaitu Kurikulum (KUR), Kokurikulum (KOKUM), Hal Ehwal Murid (HEM), Pengurusan Kewangan (KEW), Pembangunan Staf (STAF), Pembangunan Kelas (KELAS), Pengurusan Fail (FAIL), Komuniti (KOM), dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TMK). Setiap pelan tersebut mempunyai beberapa fail khas yang merujuk kepada kefungsian dalam pelan masing-masing iaitu:-

3.2.1​DOKUMEN KURIKULUM (KUR)

3.2.1.1​Fail RPI
3.2.1.2​Fail Semakan Hasil Kerja Murid
3.2.1.3​Fail Peperiksaan Awam
3.2.1.4​Fail Kemajuan Murid (PBS)
3.2.1.5​Fail Showcase (PBS)
3.2.1.6​Fail Markah Peperiksaan/Ujian
3.2.1.7​Fail Senarai Aktiviti P&P berasaskan Kurikulum.

3.2.2​DOKUMEN KOKURIKULUM (KOKUM)

3.2.2.1​Fail Pasukan Pakaian Seragam Pengakap
3.2.2.2​Fail Kelab/Persatuan Keselamatan Jalan Raya
3.2.2.3​Fail Sukan/Permainan/1Murid 1Sukan (1M1S)
3.2.2.4​Fail Penyertaan Murid Aktiviti Dalam dan Luar.

3.2.3​DOKUMEN HAL EHWAL MURID (HEM)
3.2.3.1​Fail Elaun Murid Khas (EMK)
3.2.3.2​Fail Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
3.2.3.3​Fail Pendaftaran dan Penempatan
3.2.3.4​Fail Peribadi Murid (OO1R dan OO1M)
3.2.3.5​Fail Ujian Instrumen Penentuan Penempatan (IPP)
3.2.3.6​Fail Kebenaran Ibubapa dan Penjaga

3.2.4​DOKUMEN PENGURUSAN KEWANGAN (KEW)
3.2.4.1​Fail Per Capita Grant (PCG)
3.2.4.2​Fail Nota Minta
3.2.4.3​Fail Inventori
3.2.4.4 Fail Pengurusan Stok

3.2.5​DOKUMEN PEMBANGUNAN STAF (STAF)
3.2.5.1​Fail Latihan Dalam Perkhidmatan
3.2.5.2​Fail Pengagihan Tugas dan Jadual Bertugas

3.2.6​DOKUMEN KOMUNITI (KOM)
3.2.6.1 Fail Pemuafakatan Ibubapa dan Penjaga
3.2.6.2 Fail Agensi-agensi Kerajaan
3.2.6.3 Fail Agensi-agensi Bukan Kerajaan
3.2.6.4 Fail Aktiviti Bersama Komuniti

3.2.7​DOKUMEN PENGURUSAN FAIL (FAIL)
3.2.7.1​Fail Daftar Fail
3.2.7.2 Fail Daftar Surat Pekeliling/Siaran Ikhtisas

3.2.8​DOKUMEN PENGURUSAN KELAS (KELAS)
3.2.8.1 Fail Persekitaran Berkualiti
3.2.8.2 Fail Permohonan Naiktaraf Kelas

3.2.9​DOKUMEN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
3.2.9.1​Fail Penghasilan Media.

4.​PENGURUSAN KELAS PPKI

Pengurusan Kelas PPKI adalah pengujudan stesen/sudut pembelajaran yang berasaskan kandungan mata pelajaran-mata pelajaran dan stesen/sudut hasil kerja murid. Terdapat lima stesen/sudut pembelajaran berasaskan KSSR iaitu:-

4.1​STESEN/SUDUT ASAS 3M

4.2​STESEN/SUDUT PENGURUSAN KEHIDUPAN

4.3​STESEN/SUDUT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN MORAL

4.4​STESEN/SUDUT PENDIDIKAN SENI DAN KREATIF

4.5​STESEN/SUDUT PENDIDIKAN JASMANI

4.6​STESEN/SUDUT HASIL KERJA MURID


5.​Pihak Jabatan berkeyakinan dengan adanya garis panduan ini pihak tuan dapat menambahbaik pengurusan PPKI yang sedia ada. Garis panduan ini berkuatkuasa serta merta.

Thursday, 11 October 2012

Kemaskini data sehingga 31 Oktober 2012

Mohon tindakan Guru Penolong kanan/Penyelaras Pendidikan Khas seluruh sabah mengemaskini data dan hantar ke gmail spspk Sabah. Terima kasih